Semua ini adalah hasil sulaman tangan aku yang berjaya dibuat sepanjang tahun ini. Insya-Allah, aku akan cuba untuk berusaha memahirkan lagi diri dalam bidang ini kerana aku amat sukakan bungaan terutama bunga ros. Tambahan pula sulaman riben ini boleh diaplikasikan pada semua barang, seperti bantal, beg tangan, sarung cadar, apa sahaja yang ada sentuhan fabrik...
Jutaan terima kasih buat PUAN NOREHAN KASSIM (http://www.kelopakgellary.com.my) yang berjaya mengasah bakat dan kecintaan aku pada kraftangan yang sekian lama telah terpendam...